Wednesday, February 9, 2011

MASA UNTUK BERKONGSI CERITA

Sudah lama saya teringin menulis dalam blog tetapi masih menunggu masa yang sesuai memandangkan sibuk dengan urusan kerja pada siang hari dan malam pula sibuk dengan urusan di rumah. Memandangkan suami saya telah mula menulis blognya sendiri, saya juga cuba mencuri sedikit masa menulis. Sebelum ini saya gemar mencatat perjalanan saya dalam jurnal semasa bercuti, pengalaman saya semasa mengandung, perkembangan anak saya dan kenangan-kenangan lama bersama orang-orang tersayang. Oleh itu, saya rasa melalui penulisan blog, pengalaman kita dapat dikongsi. Masa bergerak dengan pantas, hari demi hari berlalu dan rentetan-rentetan kehidupan yang kita lalui berlalu tanpa kita sedari. Agak sayang sekiranya ia dibiarkan berlalu tanpa dicatatkan bukan?  Alhamdulillah sekiranya apa yang ditulis memberi manfaat, manakala yang selebihnya anggaplah sekadar berkongsi cerita. Selamat datang saya ucapkan kepada yang sudi berkunjung walaupun seketika.


No comments:

Post a Comment