Sunday, February 27, 2011

Lontong Paling Best di Semabok

Sabtu di Melaka merupakan Sabtu yang paling ditunggu dan sarapan pagi hari ini memang telah dinanti-nanti sejak di KL lagi..Sarapan pagi hari ini ialah Lontong paling sedap di Melaka..Haa...jangan terkejut dengan kenyataan saya ini, tapi kesedapan lontong ini memang tidak dapat disangkalkan. Selain daripada kuahnya yang memang cukup rasa, tambahan telur goreng dan ayam goreng dalam lontong tersebut membuatkan lontong itu lebih enak lagi. Dengan harga RM3.50 (without the ayam), anda akan dapat lontong paling enak dengan harga yang memang berpatutan. Ini bukanlah iklan menjual atau mempromosikan lontong  tersebut tetapi saya sekadar berkongsi pandangan tastebud saya sahaja..Sekali anda rasa memang nak lagi...

Kedai Makan Hajjah Zainap Semabok dibuka dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Selain  menjual lontong, terdapat juga roti canai, mee goreng, nasi lemak dan pada waktu tengahari dan bermacam lauk yang dihidangkan, tetapi saya akan datang ke sini untuk sarapan pagi sahaja. Bukannya tak sudi nak merasa makanan lain tetapi memandangkan dah balik kampung, marahlah mak di rumah kalau tak rasa masakannya pulak kan...hehe..Mama dan Abah selalu dating breakfast di sini pagi-pagi kalau saya menelefon dari KL semasa bekerja



Makan lontong semabok memang dah dimasukkan dalam perancangan pagi saya dan hubby kalau balik kampung pada hujung minggu. Disarankan makan di kedai panas-panas baru ada ummmpphh..:) Kalau sekadar bungkus dan makan di rumah, saya rasa mungkin akan turun 35% rasa sedapnya..Abahlah yang mula memperkenalkan saya makan di sini bersama keluarga, sejak itu memang saya tunggu-tunggu untuk makan lagi...Tetapi sejak saya mendirikan rumahtangga dan memperkenalkan dengan suami saya, berjangkit pulak....Tak sah kalau tak singgah makan kalau balik kampung, sekarang adalah kewajipan suami saya untuk mengajak saya makan di sana...


                                                            Makan lontong 2 pinggan ni..

Pagi itu, Hubby saya makan 2 pinggan lontong, saya pula sepinggan sahaja dengan sekeping roti canai. Roti canainya pun boleh tahan juga, lembut rotinya...berbaloi menunggu makan lontong sedap semabok setiap kali ke Melaka..Pada saya the lontong totally make my day..It's a fix stopping point for me definitely..Welcome to Malacca :)


1 comment: